BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 13, 2011

Murni N Kids dan saya - 14hb julai 2011

Saya masih ingin bercerita mengenai Murni N Kids, ingin berkongsi pengalaman bersama kawan dan teman. Pengalaman bersama kanak-kanak adalah pengalaman yang paling indah dalam hidup saya, walaupun tidak mempunyai anak sendiri saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk mendidik anak bangsa, satu peluang yang paling berharga untuk saya.  Sepanjang waktu ini, saya menemui pelbagai jenis kanak-kanak, ada yang tinggi, sederhana dan rendah IQ mereka.  Seronok dan mudah mendidik kanak-kanak ini kecuali kanak-kanak yang rendah IQ mereka, ia memerlukan usaha dan tahap kesabaran yang tinggi dari pihak kami dengan sokongan yang padu dari pihak ibubapa untuk memastikan anak mereka dapat mengikuti dan memahami semua mata pelajaran yang diajar disini dengan erti kata lain tidak pernah kenal putus asa. Saya berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberi pertolongan atas usaha saya dan anak-anak dalam memberi dan mencari ilmu untuk kebaik dunia dan akhirat..InsyaAllah.






Friday, July 8, 2011

11 TAHUN BERSAMA MURNI N KIDS, betapa cepatnya masa berlalu sungguh tidak terasa. Pada permulaan membuka kelas tuisyen ni, saya rasa saya cuma suka-suka dengan niat membantu anak-anak jiran saja, itu pun atas permintaan mereka. Tak sangkalah pulak jadi serius dan pendapatan tetap saya.  Pada mula tu seingat sayalah tak sampai 10 orang pun kanak-kanak yang belajar, itu pun tak ada bayaran tetap pun...suka hatilah nak bagi berapa sen, saya pun tak kisah sangat sebab memang tak berminat sangat. Tidak pernah teringin saya hendak jadi cikgu, tau-tau sekarang saya jadi cikgu tak bertauliah.  

Selepas beberapa bulan mengajar, pada masa tu saya mengajar seorang diri, tak ada pembantu pun, saya terfikir kenapa tak cuba buat kerja ni dengan lebih serius lagi. Ilmu yang saya perolehi dari UITM (Business Management) saya pergunakan dengan sebaik mungkin. Allhamdullilah usaha saya mendatangkan hasil yang agak berbaloi berkat dari kesabaran,  walaupun pada peringkat permulaan tu saya kena bekerja seorang diri, namun saya kuatkan semangat yang tak kenal putus asa. Sekarang saya dah ada guru-guru yang membantu kerja saya.  Alhamdullilah syukur sangat dengan segala kurnian Allah SWT ini.

Selama bersama dengan kanak-kanak banyak pengalaman yang saya perolehi, ada suka dan dukanya namun saya rasa sangat terikat dengan mereka. Mendidik dan membimbing mereka bersama guru-guru lain membuatkan saya merasa sangat gembira dan terharu melihat mereka berjaya.  Sehingga kini ada murid-murid saya dah ke Menara Gading malah ada yang kembali kesini menjadi guru untuk murid-murid baru.  Melihat mereka membantu saya bagaikan melihat kejayaan mendidik mereka. 

Saya sangat berterima kasih kepada semua ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mendidik anak-anak mereka. Tanpa bantuan dari guru-guru yang bertugas dan yang pernah bertugas dengan Murni N Kids tak mungkin saya sampai ketahap sekarang.  Terima kasih cikgu-cikgu ku..JASA MU tetap dikenang.